slideshow 1 slideshow 2 slideshow 3

Selamat Datang Ke Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia

Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia (NSD) telah didaftarkan pada tahun 1961 sebagai badan bukan kerajaan yang dikecualikan daripada cukai tempatan dengan tujuan memperbaiki taraf hidup warga pekak Malaysia,
Namun, sejak kebelakangan ini, pelbagai organisasi ditubuhkan bertujuan membantu warga pekak mengatasi kelemahan mereka. Ini membuka ruang bagi NSD menumpukan perhatian mereka terhadap isu bagaimana kanak-kanak pekak dapat dibantu dalam mempelajari bahasa ibunda (bertulis.bertutur) sebagai bahasa utama.
 
Kaedah Pertuturan Kiu Bagi OKU Pendengaran

Dr. R. Orin Cornett mencipta Pertuturan Kiu dalam tahun 1967 dengan tujuan membantu kanak-kanak pekak Amerika membaca gerak bibir dalam bahasa Inggeris. Cara pertuturan ini adalah dengan menggunakan pergerakan tangan yang membawa maksud (kiu) tertentu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam pembacaan gerak bibir.

Sayangnya, dengan sifat keunikan Bahasa Inggeris, pertuturan Kiu tidak mencapai pencapaian seperti yang diharapkan semasa penggunaannya di Amerika dan juga di negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.

Pertuturan Kiu Dalam Bahasa Malaysia (PKBM)

Pertuturan Kiu Dalam Bahasa Arab (PKBA)

PKBA direka untuk memberi peluang kepada setiap individu cacat pendengaran serta guru-guru mereka untuk mengaji Al-Quran dengan suara yang kuat. Ia dicipta sebagai alat untuk memberitahu kanak-kanak tersebut akan perbezaan bunyi pertuturan dalam Bahasa Arab. PKBA menawarkan satu kelebihan ketara jika dibandingkan dengan bahasa isyarat: ia menawarkan kepada golongan cacat pendengaran sebutan perkataan Bahasa Arab yang tepat jika dibandingkan dengan penggunaan bahasa isyarat untuk perkataan tersebut.

SPK Pertuturan Kiu

Pusat Pertuturan Kiu (PPK) ditubuhkan pada tahun 1988  di bawah Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia iaitu sebuah badan NGO yang pada awalnya adalah sebuah pusat pendidikan yang hanya mengajar kaedah Kiu. Kemudian, pada tahun 2002 PPK  telah didaftarkan sebagai sekolah swasta.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer