You are here

SPK Pertuturan Kiu

Pusat Pertuturan Kiu (PPK) ditubuhkan pada tahun 1988  di bawah Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia iaitu sebuah badan NGO yang pada awalnya adalah sebuah pusat pendidikan yang hanya mengajar kaedah Kiu. Kemudian, pada tahun 2002 PPK  telah didaftarkan sebagai sekolah swasta.

 

Luas premis sekolah ini ialah seluas 2.83 ekar yang terletak di kawasan tanah Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) di Kampung Pandan yang menempatkan hanya sebuah bangunan yang meliputi sebuah bilik guru besar,bilik guru,5 buah bilik darjah,sebuah makmal, bengkel, surau, bilik gerakan, perpustakaan, galeri seni, makmal komputer.

 

 Permulaannya, Pertuturan Kiu telah diadaptasikan oleh Encik Tan Chin Guan dengan bantuan Dr R Orin Cornett pada tahun 1982. Encik Tan yang merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia bertemu dengan Dr Cornett semasa menghadiri seminar antarabangsa berkaitan cacat pendengaran di Universiti Gallaudet, Amerika Syarikat.  

Kini, Pusat Pertuturan Kiu ditadbir oleh Cik Roslina Ahmad selaku Guru Besar dan mempunyai 9 orang tenaga pengajar termasuk beliau. Waktu persekolahan adalah seperti sekolah-sekolah biasa  iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 1.20 tengah hari. PPK  menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan ku-kurikulum serta pelbagai aktiviti luar untuk pendedahan yang lebih luas kepada murid-murid.

 Sekolah ini juga menyediakan kelas mengaji Al-Quran pada setiap pagi, dan dapat membacanya dengan baik.  Di samping itu, pihak sekolah dengan kerjasama JAWI telah mengadakan kelas fardhu ain seminggu sekali, dengan wujudnya kelas ini, murid-murid dapat mendalami lagi ilmu agama dan dapat melakukan secara praktikal seperti solat, tayamum, dan mandi wajib dengan bantuan daripada ustaz dan ustazah daripada pihak JAWI.

Di sinilah warga PPK akan mencorakkan masa depan sekolah dengan sebuah kejayaan dan kegemilangan selaras dengan visi dan misi sekolah. PPK adalah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan nanti. InsyaAllah….

Date: 

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer