You are here

Kelas Terapi Pertuturan

           Bilik terapi pertuturan amat relevan untuk kegunaan golongan cacat pendengaran. Bilik yang memerlukan kos agak tinggi ini amatlah penting terutama pada peringkat intervensi awal kanak-kanak mendengar kerana mengurangkan kadar gangguan bunyi luar yang bising yang boleh menyakitkan pendengaran mereka. Ini membuatkan ada di antara mereka yang tidak suka memakai alat pendengaran tersebut.
           Di bilik terapi ini pelatih akan diajar menggunakan alat bantu dengar seoptima yang mungkin. Mereka dilatih mendengar suara guru sahaja  tanpa gangguan bunyi yang lain. Sekiranya kanak-kanak yang tidak diberikan terapi, bermungkinan besar kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk belajar, mendengar dan memahami pertuturan bahasa.Pakar terapi Pertuturan-Bahasa yang bertauliah untuk mendiangnosis, membuat perancangan rehabilitasi, menjalankan terapi, memberi konsultasi dan nasihat berkaitan pertuturan, bahasa dan komunikasi. Untuk mendapatkan khidmat pakar terapi luar amatlah mahal dan bayaran dibuat berdasarkan masa terapi. Walau pun terdapat klinik terapi pertuturan milik kerajaan/swasta namun sesi diberikan mengikut giliran. Jika bernasib baik dapat seminggu sekali dan ada pula yang terpaksa menunggu berbulan-bulan.
           Penglibatan patologis pertuturan-bahasa dalam proses rehabilitasi kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak hanya terhad kepada pelatih sahaja. Para petugas juga akan dilatih supaya pelatih akan mendapat terapi yang berterusan. Begitu juga dengan penglibatan ibubapa amatlah penting juga tidak kurang pentingnya bagi meneruskan terapi di rumah masing-masing.
            Dengan adanya bilik terapi ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur pelatih di pusat ini. Selain itu, ia adalah satu strategi awal bagi memperkasakan kemahiran bertutur dan berbahasa  golongan bermasalah pendengaran.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer