You are here

Kaedah Pertuturan Kiu Bagi OKU Pendengaran

Dr. R. Orin Cornett mencipta Pertuturan Kiu dalam tahun 1967 dengan tujuan membantu kanak-kanak pekak Amerika membaca gerak bibir dalam bahasa Inggeris. Cara pertuturan ini adalah dengan menggunakan pergerakan tangan yang membawa maksud (kiu) tertentu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam pembacaan gerak bibir.

Sayangnya, dengan sifat keunikan Bahasa Inggeris, pertuturan Kiu tidak mencapai pencapaian seperti yang diharapkan semasa penggunaannya di Amerika dan juga di negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.

Dalam tahuan 1988, NSD menjalankan satu projek bagi memastikan pertuturan Kiu Bahasa Malaysia (PKBM) boleh digunakan dengan jayanya di negara ini berbanding dengan Negara barat yang berbahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda.

Ternyata kaedah PKBN ini boleh digunakan secara efektif oleh ibu bapa dengan anak pekak mereka untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia di rumah.

Kaedah ini juga mendapati kanak-kanak pekak yang beragama Islam boleh diajar berdoa serta membaca Bahasa Arab dan mengaji Al-Quran.

Dengan adanya kemudahan untuk berkomunikasi di rumah menggunakan kaedah ini,kanak-kanak pekak tidak lagi berasa terasing atau berasa ketinggalan secara intelek mahupun dalam pergaulan social. Pertuturan Kiu meningkatkan martabat hidup kanak-kanak pekak ini seperti kanak-kanak lain yang sempurna pendengarannya.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer